Sunday, November 19, 2006


Pengenalan SMK Bandar Putra Kulai

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Kulai


PENGENALAN SMK BANDAR PUTRA KULAI
LENCANA SEKOLAH



Penerangan Lencana Sekolah
1. Perisai melambangkan jati diri murid yang yang boleh menangkis gejala buruk.

2. Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai pancaagama ( Rukun Islam ) dan pancanegara ( Rukunegara ).

3. Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.

4. Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.

5. Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqra’ bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.

6. Buku terbuka menggambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.

7. Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.

8. Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.

9. Warna biru menunjukan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih menggambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukan sikap. Warna kuning menggambar murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

10. Moto Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Kulai ( SMKBP, Kulai ) iaitu Bijak Pintar membawa maksud bahawa murid-murid, guru-guru dan semua warga SMK Bandar Putra berudaha untuk mencapai tahap bijak dan pintar dalam bidang akademik, kokurikulumdan sahsiah kerana ini adalah kunci utama untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif sekolah. Murid mesti pintar di dalam pembelajaran untuk membolehkan mereka cemerlang, bijak membahagikan masa dan memilih teman sejiwa dalam kehidupannya di sekolah.


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA KULAI
SMK Bandar Putra telah dibuka pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat PTD, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor. Sekolah ini mendapat nama sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina. Bagi memastikan kelengkapan sekolah diuruskan dengan baik, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melantik Encik Safari Bin Basir sebadai penyelaras. Pertemuan pertama untuk membuka sekolah ini telah diadakan pada 5 November 2003, tanpa Pengetua. Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaianakademik daerah Kulai. Pada peringkat permulaan sekolah ini akan menerima murid seramai 450 orang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2, dan 4. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya mnerima murid terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Rancangan Khas, dan murid aliran sains tingkatan 4. Tarikh 5 Januari 2004 adalah tarikh keramat sekolah kerana pada hari tersebut sekolah menerima muridnya yang pertama.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
Lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

FALSAFAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
Sekolah adalah tempat murid belajar dan diajar untuk mengembangkan potensi diri agar seimbang dan harmonis. Perkara ini boleh berlaku sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya. Justeru, fokus utama sekolah berperanan “ Loco In Parentis” untuk memenuhi keperluan murid memperolehi keseronokan, kuasa, kasih sayang, kebebasan dan kelangsungan hidup. Usaha ini adalah untuk melahirkan murid yang bijak dan pintar memenuhi impian diri, keluarga, masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
SMK Bandar Putra adalah institusi pendidikan yang memberi tahap pembelajaran yang tinggi.

MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
SMK Bandar Putra adalah medan untuk mengilhamkan murid agar membentuk pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan supaya dapat terlibat dalam masyarakat yang berubah dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang saling membantu dan mempamerkan komitmendan kualiti.

MATLAMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
Membentuk satu psukan tenaga pengajar yang mantap, berwibawa, berketrampilan, bertanggungjawab dan dedikasi untuk melahirkan murid yang bijak dan pintar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sekolah cemerlang yang menjadi idaman murid untuk meneruskan pengajian.

OBJEKTIF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
Dalam masa 3 hingga 5 tahun, SMK Bandar Putra berusaha untuk:
Mencapai kelulusan 100% di dalam peperiksaan PMR, SPM, dan STPM.
Meningkatkan kecekapan pengurusan hal ehwal murid
Mencipta sejarah sekolah
Menjadi sekolah selamat
Membentuk guru-guru yang berintelek dan berpersonaliti serta mementingkan kecemerlangan.

NILAI SMK BANDAR PUTRA, KULAI
Pendemokrasian pendidikan
Pendidikan sepanjang hayat
Mementingkan kualiti setiap masa
Penambahbaikkan berterusan
Ambil tanggungjawab sendiri
Mempraktikkan semua amalan terbaik.

BUDAYA SMK BANDAR PUTRA, KULAI
Kerja sepasukan
Mesra pelanggan
Bijak dalam tindakan
Pandai mengurus diri
Bestari dalam pembelajaran
Guruku Sayang
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai
Nama : Encik Abdul Aziz Bin Haji Redwan
Tarikh lahir : 1 hb Ogos
Tempat lahir : Johor Bahru
Alamat : Taman Suria.
Pendidikan awal : SMK Sultan Ismail
Hobi : Mengumpul setem, membaca dan beriadah
Pengalaman manis : Berjaya dapat ijazah
Tempoh menjadi guru : 24 Tahun ( 19 April 1982 )
Sekolah sebelum di SMK Bandar Putra Kulai : SMKBT ( 1 )
Perasaan ketika menjadi guru: seronok
Matlamat hidup : Hidup bahagia, ceria, sihat, beriman, dan masuk syurga
Pesanan kepada pelajar-pelajar SMK Bandar Putra, Kulai:
Gantung cita-cita setinggi langit, cubalah capai semampu yang boleh.
Insya-ALLAH... Kejayaan di samping kita.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai
Nama : Encik Anuar Bin Jais
Tarikh Lahir : 27hb Julai
Tempat Lahir : Kluang
Hobi : Memancing
Alamat : Taman Sungai Emas, Kulai
Tempoh menjadi guru : 18 Tahun
Perasaan menjadi guru : Seronok
Sekolah sebelum SMK Bandar Putra Kulai: SMK Kota Kulai
Matlamat hidup : Berjasa

Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai
Nama : Puan Shurina Binti Abdul Jalil
Tarikh Lahir : 20 April
Tempat Lahir : Ipoh, Perak
Hobi : Mengemas rumah dan beriadah
Alamat : Taman Putri Kulai
Tempoh menjadi guru : 12 Tahun
Perasaan MenjadI guru : Gembira kerana cita-cita tercapai
Sekolah Sebelum SMK Bndar Putra Kulai: SMK Senai
Pendidikan awal : SMK (P) Temenggong Ibrahim
Matlamat hidup : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Maklumat dipetik dan diubahsuai daripada
Buletin Unit bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Putra

Aktiviti Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Kulai Tahun 2006

Aktiviti Sekolah Tahun 2006
Kempen Anti-Dadah
Pada 29hb Jun 2006, kempen anti-dadah peringkat daerah anjuran pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah diadakan di IOI Mall, Bandar Putra Senai Kulai.Sekolah kami telah menghantar wakil bagi pertandingan mendeklamasikan sajak. Sajak bertajuk ‘hidup Cemerlang Tanpa Dadah’ dideklamasikan oleh Amira Syafiqah Ameruddin. Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ke-5 dari 15 buah sekolah.

Bola Baling
Pada 27 Jun 2006, sekolah kami telah menghantar wakil bagi bola baling L-15 dan L-18. Bagi L-15, sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 manakala L-18 berjaya mendapat sagu hati. Walau bagaimanapun mereka telah mencuba sedaya upaya. Semoga mereka dapat terus berjaya pada masa depan.

Hari Kemuncak ko-kurikulum dan Kurikulum
Hari kemuncak ko-kurikulum & kurikulum telah dijalankan mulai 7hb hingga 9hb Julai 2006. Sekolah kami telah menganjurkan perkhemahan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4. Inilah event terbesar dekat sekolah pada tahun ini. Syabas untuk semua yang menyertai perkhemahan dan terlibat pada hari Kantin tersebut ( 8 Julai 2006 ).

Maraton Akademik
Khusus untuk abang dan kakak tingkatan 3 dan 5 sahaja. Pada 18-19 Ogos 2006. Aktiviti semus dekat sekolah sahaja.

Merdeka...
Pada 30 Ogos 2006, sekolah kami telah mengadakan sambutan Hari kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos pula, asrama SMKBP telah mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama yang lahir pada bulan Julai dan Ogos.

Lawatan ke Rumah Sri Kenangan...
13 September 2006, sekolah kami telah membuat lawatan ke Rumah Sri Kenangan ( Rumah Warga Emas) Johor Bahru. Lawatan ini hanya disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 2. Mereka pergi untuk program khidmat masyarakat. Setiap kelas diwakili oleh 11 orang pelajar.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Pada 18 September 2006, Sekolah kami telah menganjurkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2006. Pada hari tersebut, majlis dimulai oleh ucapan Pengetua SMKBP Kulai dan akhir dengan upacara penutupan bulan kemerdekaan yang diisytiharkan oleh Pengetua dan diikuti oleh pelajar-pelajar serta lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Pelajar-pelajar mengibarkan bendera kecil yang diedar semasa Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan sambil menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat patriotisme.

Jamuan Deeparaya
Pada 09 November 2006, pihak sekolah telah mengadakan satu jamuan Hari Raya dan Deepavali secara besar-besaran. Selain itu, Jamuan tersebut bukan sahaja untuk meraikan Deeparaya malahnya juga Jamuan perpisahan dan jamuan penutupan SMK Bandar Putra bagi sesi 2006. Pada hari tersebut, pelajar Melayu boleh memakai baju Kurung dan baju Melayu. Sekolah kami meraikan Deeparaya bersama kaum yang lain, seperti Kaum Cina dan India.
~ Maaf Zahir dan Batin~
Maklumat dipetik dan diubahsuai daripada
Buletin Unit bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Putra

LAGU



LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat Hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja Kita,
Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja Kita,
Selamat bertakhta.

LAGU BANGSA JOHOR
ALLAH peliharakan Sultan,
Nugerahkan dia segala kehormatan,
Sihat dan ria kekal dan makmur.
Luaskan kuasa,
Menaungkan kami,
Rakyat dipimpini,
Berzaman lagi,
Dengan merdeka bersatu hati,
ALLAH berkati Johor,
ALLAH selamatkan Sultan.

LAGU SEKOLAH
( PUTRA TERBILANG)
Bersyukur ada di sini,
Mencapai kecemerlangan,
Tinggi akal budi,
Mulia nilai pekerti

Bijak menuju wawasan,
Pintar mencapai impian,
Sasa jati diri,
Jadi Putra Terbilang.

c/o
Ilmu iman di hati,
Hebat semangat juang,
Rela menabur bakti,
Itulah Putra Terbilang.

Tuhan berkati segala,
Usaha teguh janji kita,
Demi bangsa Negara,
Warga Putra Terbilang.



RUKUNEGARA
MAKA KAMI,
Rakyat Malaysia, Berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarkan di atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.
Sebarang masalah, aduan, atau cadangan, e-mel kpd smkbp_kulai_johor_malaysia@yahoo.com
Link to:
Website milik Pelajar SMKBP:
Friendster:
Myspace:
©Hak Cipta Terpelihara Sek. Men. Keb. Bandar Putra Kulai © Copyright SMKBP