Aktiviti Sekolah Tahun 2006
Kempen Anti-Dadah
Pada 29hb Jun 2006, kempen anti-dadah peringkat daerah anjuran pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah diadakan di IOI Mall, Bandar Putra Senai Kulai.Sekolah kami telah menghantar wakil bagi pertandingan mendeklamasikan sajak. Sajak bertajuk ‘hidup Cemerlang Tanpa Dadah’ dideklamasikan oleh Amira Syafiqah Ameruddin. Sekolah kita telah berjaya mendapat tempat ke-5 dari 15 buah sekolah.
Bola Baling
Pada 27 Jun 2006, sekolah kami telah menghantar wakil bagi bola baling L-15 dan L-18. Bagi L-15, sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 manakala L-18 berjaya mendapat sagu hati. Walau bagaimanapun mereka telah mencuba sedaya upaya. Semoga mereka dapat terus berjaya pada masa depan.
Hari Kemuncak ko-kurikulum dan Kurikulum
Hari kemuncak ko-kurikulum & kurikulum telah dijalankan mulai 7hb hingga 9hb Julai 2006. Sekolah kami telah menganjurkan perkhemahan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4. Inilah event terbesar dekat sekolah pada tahun ini. Syabas untuk semua yang menyertai perkhemahan dan terlibat pada hari Kantin tersebut ( 8 Julai 2006 ).
Maraton Akademik
Khusus untuk abang dan kakak tingkatan 3 dan 5 sahaja. Pada 18-19 Ogos 2006. Aktiviti semus dekat sekolah sahaja.
Merdeka...
Pada 30 Ogos 2006, sekolah kami telah mengadakan sambutan Hari kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos pula, asrama SMKBP telah mengadakan jamuan makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama yang lahir pada bulan Julai dan Ogos.
Lawatan ke Rumah Sri Kenangan...
13 September 2006, sekolah kami telah membuat lawatan ke Rumah Sri Kenangan ( Rumah Warga Emas) Johor Bahru. Lawatan ini hanya disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 2. Mereka pergi untuk program khidmat masyarakat. Setiap kelas diwakili oleh 11 orang pelajar.
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Pada 18 September 2006, Sekolah kami telah menganjurkan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2006. Pada hari tersebut, majlis dimulai oleh ucapan Pengetua SMKBP Kulai dan akhir dengan upacara penutupan bulan kemerdekaan yang diisytiharkan oleh Pengetua dan diikuti oleh pelajar-pelajar serta lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang. Pelajar-pelajar mengibarkan bendera kecil yang diedar semasa Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan sambil menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat patriotisme.
Jamuan Deeparaya
Pada 09 November 2006, pihak sekolah telah mengadakan satu jamuan Hari Raya dan Deepavali secara besar-besaran. Selain itu, Jamuan tersebut bukan sahaja untuk meraikan Deeparaya malahnya juga Jamuan perpisahan dan jamuan penutupan SMK Bandar Putra bagi sesi 2006. Pada hari tersebut, pelajar Melayu boleh memakai baju Kurung dan baju Melayu. Sekolah kami meraikan Deeparaya bersama kaum yang lain, seperti Kaum Cina dan India.
~ Maaf Zahir dan Batin~
Maklumat dipetik dan diubahsuai daripada
Buletin Unit bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Putra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment