Sunday, November 19, 2006

Pengenalan SMK Bandar Putra Kulai

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Kulai


PENGENALAN SMK BANDAR PUTRA KULAI
LENCANA SEKOLAH



Penerangan Lencana Sekolah
1. Perisai melambangkan jati diri murid yang yang boleh menangkis gejala buruk.

2. Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai pancaagama ( Rukun Islam ) dan pancanegara ( Rukunegara ).

3. Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.

4. Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.

5. Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqra’ bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.

6. Buku terbuka menggambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.

7. Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.

8. Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.

9. Warna biru menunjukan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih menggambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukan sikap. Warna kuning menggambar murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

10. Moto Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Kulai ( SMKBP, Kulai ) iaitu Bijak Pintar membawa maksud bahawa murid-murid, guru-guru dan semua warga SMK Bandar Putra berudaha untuk mencapai tahap bijak dan pintar dalam bidang akademik, kokurikulumdan sahsiah kerana ini adalah kunci utama untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif sekolah. Murid mesti pintar di dalam pembelajaran untuk membolehkan mereka cemerlang, bijak membahagikan masa dan memilih teman sejiwa dalam kehidupannya di sekolah.


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA KULAI
SMK Bandar Putra telah dibuka pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat PTD, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor. Sekolah ini mendapat nama sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina. Bagi memastikan kelengkapan sekolah diuruskan dengan baik, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kulai telah melantik Encik Safari Bin Basir sebadai penyelaras. Pertemuan pertama untuk membuka sekolah ini telah diadakan pada 5 November 2003, tanpa Pengetua. Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaianakademik daerah Kulai. Pada peringkat permulaan sekolah ini akan menerima murid seramai 450 orang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2, dan 4. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya mnerima murid terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Rancangan Khas, dan murid aliran sains tingkatan 4. Tarikh 5 Januari 2004 adalah tarikh keramat sekolah kerana pada hari tersebut sekolah menerima muridnya yang pertama.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
Lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

FALSAFAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
Sekolah adalah tempat murid belajar dan diajar untuk mengembangkan potensi diri agar seimbang dan harmonis. Perkara ini boleh berlaku sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya. Justeru, fokus utama sekolah berperanan “ Loco In Parentis” untuk memenuhi keperluan murid memperolehi keseronokan, kuasa, kasih sayang, kebebasan dan kelangsungan hidup. Usaha ini adalah untuk melahirkan murid yang bijak dan pintar memenuhi impian diri, keluarga, masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
SMK Bandar Putra adalah institusi pendidikan yang memberi tahap pembelajaran yang tinggi.

MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
SMK Bandar Putra adalah medan untuk mengilhamkan murid agar membentuk pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan supaya dapat terlibat dalam masyarakat yang berubah dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang saling membantu dan mempamerkan komitmendan kualiti.

MATLAMAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
Membentuk satu psukan tenaga pengajar yang mantap, berwibawa, berketrampilan, bertanggungjawab dan dedikasi untuk melahirkan murid yang bijak dan pintar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sekolah cemerlang yang menjadi idaman murid untuk meneruskan pengajian.

OBJEKTIF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR PUTRA, KULAI
Dalam masa 3 hingga 5 tahun, SMK Bandar Putra berusaha untuk:
Mencapai kelulusan 100% di dalam peperiksaan PMR, SPM, dan STPM.
Meningkatkan kecekapan pengurusan hal ehwal murid
Mencipta sejarah sekolah
Menjadi sekolah selamat
Membentuk guru-guru yang berintelek dan berpersonaliti serta mementingkan kecemerlangan.

NILAI SMK BANDAR PUTRA, KULAI
Pendemokrasian pendidikan
Pendidikan sepanjang hayat
Mementingkan kualiti setiap masa
Penambahbaikkan berterusan
Ambil tanggungjawab sendiri
Mempraktikkan semua amalan terbaik.

BUDAYA SMK BANDAR PUTRA, KULAI
Kerja sepasukan
Mesra pelanggan
Bijak dalam tindakan
Pandai mengurus diri
Bestari dalam pembelajaran

No comments: